Habib Rizieq dakwa Ahok putar belit ayat al-Quran

  • 7 years ago
Habib Rizieq Shihab atau nama aslinya Muhammad Rizieq Shihab, pemimpin Barisan Pembela Islam (FPI) semalam dihadapkan ke mahkamah sebagai saksi terbaru yang memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok.

Semalam merupakan sidang ke-12 Ahok berkait tuduhan menghina Islam apabila memetik ayat suci al-Quran ketika berkempen pada ucapannya September tahu lalu.

Habib Rizieq yang memakai jubah serta berserban putih memberitahu mahkamah bahawa ucapan Ahok secara keseluruhannya bersifat menghina agama Islam dengan memutar belitkan ayat al-Quran.

Menurut undang-undang di Indonesia, mereka yang didapati bersalah menghina agama boleh dihukum penjara lima tahun.