Empangan dikhuatiri pecah, AS arah 200,000 penduduk pindah

  • 7 years ago
200,000 penduduk yang tinggal berhampiran kawasan empangan paling tinggi di Amerika Syarikat (AS) diarah berpindah selepas satu alur limpah empangan tersebut dijangka pecah pada bila-bila masa sahaja.

Limpahan air Empangan Tasik Oroville di California itu boleh menyebabkan banjir di sepanjang kawasan sungai Feather.

Jabatan Sumber Air California menerusi laman Facebook berkata, aliran limpah Empangan Tasik Oroville dijangka gagal berfungsi dalam tempoh beberapa jam lagi.

Bagaimanapun setakat ini, aliran limpah itu masih utuh bertahan tetapi pihak berkuasa enggan mengambil sebarang risiko.