Kami minta maaf sebab panjat 'Ipoh'

  • 7 years ago
Sekumpulan remaja yang bertindak memanjat mercu tanda 'Ipoh', hari ini secara terbuka membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat di negara ini.

Norfarihan Baharudin, 23, berkata sebelum ini pihaknya tidak berkesempatan meminta maaf kerana tidak diberi peluang untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian dalam video disiarkan di laman web China Press, semalam.

http://www.malaysiakini.com/news/368118

Difahamkan lapan individu itu hari ini membuat pertemuan dengan exco negeri Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sebelum ini, kesemua lima lelaki dan tiga perempuan dalam kumpulan tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas menerima kecaman masyarakat gara-gara aksi berbahaya yang menjadi tular itu.

Remaja-remaja itu berumur antara 20 hingga 24 tahun.

Sementara itu, Norfarihan berkata beliau dan rakan-rakannya memang menggemari aktiviti lasak seperti mendaki gunung.

Bagaimanapun tidak menjangka tindakan mereka itu akan menerima kecaman dari masyarakat.