Video pemandu bas 'main' telefon, hisap rokok ketika memandu dikecam

  • 7 years ago
Video gelagat seorang pemandu bas menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok ketika memandu mendapat kecaman daripada pelayar internet.

Dua video berkenaan dimuat naik pengguna Facebook Firdaus Wong Wai Hung (Official) mendapat respon daripada syarikat bas berkenaan.

Firdaus juga memuat naik gambar SMS di antara beliau dengan pihak khidmat syarikat bas berkenaan yang memohon maaf dan berjanji akan mengambil tindakan susulan terhadap video pendedahan beliau itu.