00 SENTUHAN TERAKHIR SAMAD VOL 1 | SAMAD LEFTHANDED | Guitar Lesson & Jamming | Opening

  • 7 years ago
Antara rakaman terakhir Allahyarham Samad Lefthanded sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. "Guitar Jamming" Samad ini merupakan projek pertama dihasilkan untuk semua penggemar2 muzik tanah air. Semoga kelahiran album ini akan memberi ruang dan peluang kepada penggemar muzik terutamanya pemain2 gitar kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru mengikut teknik2 dan skill yang betul. Diharap ianya memberi satu pelajaran yang baru disamping dapat mempertingkatkan kemahiran dan memberi pendedahan bagaimana sesebuah lagu itu dimainkan dengan alat2 muzik seperti Drum, Bass, Vokal dan Guitar Rhythm.

"Guitar Jamming" Samad ini juga akan mendedahkan bagaimana seseorang pemain gitar itu mengawal dari segi Tempo, Chord dan penghayatan sesebuah lagu itu dimainkan. Lebih istimewa lagi, album video ini mengajar anda cara2 petikan sologitar dimainkan dengan teknik yang betul.

Semoga album video ini memberi inspirasi kepada anda dan dapat mempelajar sesuatu yang asli.. Selamat menonton dan semoga terhibur. Al-Fatihah..