Rakaman serangan berdarah di Aleppo umpama 'Hari Kiamat'

  • 7 years ago
Tentera regim Syria dan sekutunya mengisytiharkan menang di Aleppo, selepas pertahanan pemberontak hancur pada Isnin lalu dan mereka hanya berlindung di kawasan kecil yang diserang habis-habisan.

Wartawan Reuters yang berada di zon dikuasai kerajaan berkata, pengeboman di wilayah ditawan pemberontak di bandar raya itu berterusan tanpa henti semalam dan penduduk awam yang terperangkap menggambarkan keadaan umpama 'Hari Kiamat'.