"Rafizi pemimpin baik, jika parlimen bubar kita rugi," kata Guan Eng

  • 7 years ago
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata partinya terkejut dengan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen semalam setelah didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lalu.

Lim berkata Rafizi adalah pemimpin muda pembangkang yang baik dan ini adalah kerugian kepada pembangkang apabila Rafizi tidak dapat bertanding pada PRU14 jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Beliau berkatanya kepada media selepas ucapan Bajet 2017 Pulau Pinang di Dun sebentar tadi.

Recommended