Penyokong sedih, tidak percaya Clinton kalah

  • 7 years ago
Ketika penyokong Donald Trump meraikan kemenangannya, penyokong Hillary Clinton masih tidak percaya terhadap keputusan pengundian semalam.

Seorang penyokongnya berkata, ramai yang menangis dan sedih kerana kekalahan yang tidak dijangkakan itu.

Sementara itu, Clinton yang mengucapkan tahniah ke atas Trump, berkata, beliau tetap bekerjasama dengan presiden baharu itu.