Bateri Galaxy Note 7 meletup, Samsung 'derita'
  • 8 years ago
Saham Samsung menjunam selepas syarikat gergasi elektronik Korea Selatan menggesa pengguna menghentikan penggunaan telefon pintar Galaxy Note 7 kerana insiden baterinya meletup.

Ia mencemaskan seluruh dunia dan berikutan itu syarikat penerbangan tidak membenarkan penumpang menggunakan telefon itu dalam penerbangan mereka.

Samsung Electronics pada 2 September lalu mengumumkan memanggil semula semua bateri "phablet" yang menyebabkan telefon itu terbakar ketika pengecasan.