Netizen kecam, kritik peguam tunjuk 'jari tengah'

  • 8 years ago
Video peguam menunjukkan isyarat 'jari tengah'nya menjadi viral apabila netizen mengkritik tindakannya sejurus selepas menamatkan soalannya di program Wacana Sinar Harian, semalam.

Sebelum itu Siti berdiri untuk bertanya kepada panel dengan mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.

Siti menjadi antara penonton yang menyertai Wacana Sinar Harian siri ke-41 anjuran akhbar berkenaan di Shah Alam.