Banduan IS pengaruhi 7 warden penjara, kata Ahmad Zahid

  • 8 years ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka yang dikategorikan sebagai banduan 'jenayah ideologi', diasingkan daripada penjenayah lain untuk membolehkan mereka menjalani proses 'deradikalisasi', di samping membendung ideologi mereka daripada mempengaruhi banduan lain.

Ahmad Zahid seterusnya mengakui bahawa sehingga kini terdapat tujuh warden di sebuah penjara dalam negara telah terpengaruh dengan ideologi banduan 'jenayah ideologi' ini sehingga mereka sendiri perlu menjalani 'proses deradikalisasi'.