'Kalau Najib tak salah, mengapa buang orang penting?'

  • 8 years ago
Peguam Hanif Khatri menjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya berhubung isu 1MDB dan RM2.6 bilion, dengan membuang orang-orang penting dalam siasatan, seperti bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Katanya, rakyat perlu tanya pada diri sendiri bahawa Deklarasi Rakyat begitu penting dalam menyatakan sokongan rakyat agar Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan.

"Macam mana nak ada bukti, kalau orang yang siasat dilumpuhkan siasatannya," kata Hanif.