Serang warga asing, Papagomo bayar di denda RM4,300

  • 8 years ago
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM4,300 terhadap Wan Mohd Asri Wan Deris, lebih dikenali sebagai Papagomo, atas 3 pertuduhan kerana menyerang warga asing pada Januari lalu.

Majistret Husna Dzulkifly ketika menjatuhkan hukuman berkata bagi pertuduhan pertama, blogger pro-Umno itu dikenakan denda RM1,000, pertuduhan kedua RM1,500 dan pertuduhan ketiga RM1,800.

Papagomo mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Recommended