Video: Dilarang beli vape, budak pecah masuk kedai

  • 8 years ago
Satu rakaman kamera litar tertutup CCTV memaparkan aksi seorang budak memecah masuk sebuah kedai menjual vape dan aksesorinya viral sejak semalam di laman sosial.

Di dalam rakaman terbabit kelihatan seorang budak dengan mukanya dibungkus bajunya mengambil barangan di kedia tersebut dan diberikan kepada rakannya yang menunggu diluar.

Menurut sumber, kumpulan budak tersebut sebelum ini pernah datang kedai terbabit untuk membeli vape namun dilarang oleh jurujual kerana had umur.

Mungkin berang kerana tidak dibenarkan membeli, maka kumpulan budak tersebut memecah masuk kedai terbabit dikatakan dua hari selepas itu.