Video: Lelaki maut, kereta terhumban dalam longkang

  • 8 years ago
Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam longkang berhampiran Bulatan Seberang Jaya di sini semalam.

Difahamkan, sebelum sampai ke bulatan berkenaan, kereta mangsa terbabas dan terhumban ke dalam longkang di bahu jalan.

Mangsa meninggal dunia kerana lemas akibat terperangkap di dalam kenderaanya yang tenggelam.