Militan serang universiti, 20 pelajar terbunuh

  • 8 years ago
Militan serang sebuah unversiti di Pakistan pagi tadi, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 pelajar terbunuh. Ramai lagi dilaporkan cedera.

Menurut polis, letupan dan tembakan berlaku di Universiti Bacha Khan di Charsadda.

Mayat mangsa dikatakan masih berada dalam bangunan dan kabus tebal menyukarkan usaha polis serta tentera memulihkan keadaan.