Siapa Charles Suresh Morais?

  • 8 years ago
Sehingga petang semalam, mungkin hanya di kalangan perniagaan yang mengenali Charles Suresh Morais, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat.


Tinjauan Malaysiakini mendedahkan bahawa Charles adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kronos Hotels and Resorts. Beliau mula membeli hotel-hotel di Amerika Syarikat sejak 1999.

Tokoh perniagaan yang berpangkalan di Altanta itu memiliki 26 hotel di bawah jenamanya dan akan mengambil alih 12 lagi hotel di luar Amerika Syarikat termasuk dua hotel di Malaysia.