DAP: Hasan' cari makan' undurlah demi maruah

  • 9 years ago
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyarankan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin supaya meletak jawatannya kerana kenyataan 'cari makan' ataupun diheret ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen bagi menentukan sama ada kenyataan itu memalukan dan satu penghinaan kepada PAC dan Parlimen.

Mengulas lanjut, Lim berkata, Hasan memburukkan lagi keadaan dengan menyalahkan media kerana melaporkan apa yang beliau benar-benar luahkan.