Khairuddin ikrar terus berjuang

  • 8 years ago
Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berikrar untuk meneruskan "perjuangannya" sehingga akhir bagi memastikan kebenaran tertegak.

Bercakap kepada media selepas ikat jamin dibayar, Khairuddin turut mengucapkan terima kasihnya kepada hakim, Datuk Mohd Azman Hussin yang memutuskan tuduhan yang dikenakan terhadap beliau - serta Matthias Chang - bukan kes di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Ikat jamin Khairuddin bernilai RM10,000 dibayar isterinya Datin Seri Umie Aida Rahmad.