Wings tunjuk "taring" hingga 3 pagi

  • 8 years ago
Kumpulan lagenda rock tanah air, Wings mengadakan konsert sempena 30 tahun penubuhan kumpulan itu di Stadium Merdeka pada 31 Oktober lalu.

Wings yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Sejati dan Opera Hidup itu menunjukkan "taring" mereka sehingga jam 3 pagi.

Walaupun keadaan hujan, namun kira-kira 20,000 penonton juga tidak berganjak dari Stadium Merdeka dan menanti sehingga konsert selesai.