K'jaan Umno-PAS: Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tak tahu
  • 8 years ago
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak tahu tentang dakwaan Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang mendakwa presiden parti PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Ketika diajukan soalan berkenaan Ku Nan melafazkan kalimah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi menegaskan bahawa beliau bersumpah tidak tahu tentang perkara tersebut.