Dana politik: Kerajaan tubuh pasukan pemantau

  • 9 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low memberitahu, satu pasukan teknikal telah ditubuh bagi memantau pembiayaan politik, yang akan mengadakan mesyuarat pertamanya bulan depan.

Beliau yang juga bertindak sebagai pengerusi berkata, pasukan ini terdiri daripada kumpulan pakar dari agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Kementerian Kewangan.