Majlis Peguam: SOSMA kini ISA baru

  • 9 years ago
Mengulas tangkapan polis terhadap peguam Mathias Chang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata polis kini menggunakan undang-undang itu bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Chang ditangkap di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi ketika melawat anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang juga ditahan mengikut SOSMA selepas membuat laporan berkaitan 1MDB di beberapa negara lain, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.