Rafizi: Apa lagi perlu gadai bagi selamatkan 1MDB?

  • 9 years ago
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli melahirkan kebimbangannya dengan ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa masalah kewangan 1MDB akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Menerusi satu kenyataan akhbar, katanya, kebimbangan utama ialah apakah harga yang perlu dibayar oleh rakyat demi menyelamatkan 1MDB yang bermasalah dan sarat hutang itu.