IGP: Polis siasat Dr Mahathir ikut Kanun Keseksaan
  • 9 years ago
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas tuduhan jenayah memfitnah berhubung kenyataan yang dikeluarkannya semasa perhimpunan BERSIH minggu lalu.

Ditanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, sama ada bekas perdana menteri itu akan diberi layanan istimewa, Khalid berkata Mahathir adalah seorang negarawan dan polis akan menjaganya sebaik mungkin.