Muhyiddin talian hayat akhir Umno, kata Ibrahim Ali

  • 9 years ago
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, bagi memastikan kerajaan Umno dan BN kekal mentadbir negara selepas pilihan raya umum ke-14, Datuk Seri Najib Razak perlu melantik kembali Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, tali hayat Umno bergantung Muhyiddin kerana majoriti Melayu masih menyokong Umno.