PAS akan sokong usul undi tak percaya ke atas Najib

  • 9 years ago
PAS akan menyokong usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dikatakan akan dibentangkan di parlimen berikutan sumbangan dana politik bernilai RM2.6 billion ke dalam akaun peribadinya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika ada usul undi tidak percaya dikemukakan, PAS akan turut menyokong kerana tidak berpuas hati dengan skandal 1MDB dan juga jawapan berhubung derma RM2.6 billion yang jelas tidak dapat diterima rakyat.