Dataran Merdeka, kawasan larangan bagi BERSIH 4.0

  • 9 years ago
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiada masalah dengan perhimpunan BERSIH 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini dan menganggap pesertanya sebagai warga kota lain selagi kehadiran mereka tidak mengganggu orang awam dan merosakan harta benda kerajaan.

Bercakap kepada wartawan selepas perjumpaan DBKL, polis dan wakil jawatankuasa pemandu BERSIH, Datuk Bandar Datuk Amin Nordin berkata toleransi itu masih ada dan DBKL telah mendapat jaminan bahawa peserta tidak akan berhimpun di Dataran Merdeka.