Pasar Seni agak lenggang tapi polis mula berkumpul

  • 9 years ago
Tinjauan KiniTV mendapati keadaan di Pasar Seni, satu daripada lokasi tempat berkumpul peserta protes harga barangan yang naik - agak lenggang berbanding di Sogo dan Majid Jamek.

Namun, ini tidak menghalang pihak berkuasa daripada menghantar pasukan polis untuk mengawal keadaan di sana. Alasan mereka, mahu memastikan keadaan lalu lintas dan keselamatan orang ramai menjelang sambutan ambang tahun baru lancar dan teratur.