ISMA: Liberalisme berasakan fahaman ateis

  • 9 years ago
Penentangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terhadap fahaman liberalisme ialah kerana gerakan itu berasaskan fahaman ateisme yang tidak mempercayai Tuhan.

Malah, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman, slogan yang menjadi tema liberal iaitu "Liberty, Equality & Fraternity"turut menjadi tema kepada gerakan 'Freemason'.

Beliau berkata demikian dalam forum 'BicaraKini' terbitan KiniTV yang membincangkan tajuk 'Ancaman Liberalisme di Negara Ini" yang turut membariskan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) Khalid Jaafar.