Malaysia perluaskan kawasan, kerah 15 pesawat cari MH370

  • 9 years ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kini diperluaskan dengan tambahan bilangan aset yang dikerahkan membabitkan sejumlah 15 pesawat.

Pada sidang akhbar khas, katanya kerajaan juga telah mendapat kerjasama daripada Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat untuk membantu usaha mencari dan menyelamat.