Najib: Negara berkabung hanya selepas MH370 ditemui

  • 9 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata usaha pencarian perlu diteruskan sehingga berhasil menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 sebelum melakukan upacara perkabungan rasmi.

Katanya, kerajaan berpendapat bahawa perlu menemui objek dan serpihan kapal terbang itu sebelum melakukan upacara perkabungan rasmi termasuk mengibarkan bendera separuh tiang.