Polis 'bebaskan' semua penumpang, kecuali kru MH370

  • 9 years ago
Polis telah membebaskan semua penumpang pesawat Malaysia Airline (MAS) penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu daripada empat aspek yang disiasat iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan masih dijalankan terhadap kru kapal terbang berkenaan termasuk juruterbang dan pembantunya.