Puak Yazidi di Sinjar selamat - Pentagon

  • 9 years ago
Pentagon memaklumkan bahawa keadaan penduduk Iraq daripada puak minoriti Yazidi, yang dikepung anggota militan daripada kumpulan Negara Islam (IS) di Gunung Sinjar di utara Iraq tidak seteruk yang dilaporkan.

Malah, menurut Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel jumlah pelarian itu yang terperangkap tidak sampai jumlah yang dilaporkan, dan mereka berada dalam keadaan baik.