Israel bedil Gaza sebaik gencatan senjata berakhir

  • 9 years ago
Israel melancarkan sekurang-kurangnya empat serangan udara ke Gaza semalam serta mengarahkan wakilnya pulang daripada perbincangan gencatan senjata di Kaherah, Mesir selepas tiga roket dilancarkan dari wilayah Palestin memasuki selatan Israel.

Pertelingkahan di sempadan Gaza itu sekali gus menamatkan gencatan senjata serta rundingan damai yang ditaja Mesir.

Serangan udara terbaru tentera Israel ini menyebabkan empat terbunuh, termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berusia dua tahun. Seramai 45 orang lagi dilaporkan cedera.