Polis nafi seks satu industri di negara ini

  • 9 years ago
Sebuah laporan video mengenai perdagangan seks bawah umur di Malaysia menjadi bidasan pihak polis yang mendakwanya sebagai 'berat sebelah'.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata laporan itu cuba menggambarkan negara ini sebagai sebuah pusat kegiatan seks dan tidak memberi gambaran sebenar,

Malah, katanya yang dipetik The Star Online, kegiatan itu "tidak sebesar mana." dan
seks bukan satu industri di negara ini.

Ikuti sedutan video berkenaan yang boleh dilayari di http://www.youtube.com/watch?v=UDCjKLUgr30