Islam tak pandang anjing jijik, kata pencermah agama

  • 9 years ago
Penceramah agama Mohd Iqbal Parjin yang hadir pada kempen 'I Want to Touch a Dog' di Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam mempertahankan acara itu dengan berkata bahawa Islam tidak memandang jijik mahupun anti-anjing.

Katanya, Islam adalah agama yang mengajar umatnya tentang kasih sayang dan pembelaan kepada semua mahkluk Allah termasuk anjing.