DAP: MCA patut cadang PAS jadi abang jika Anwar di penjara

  • 9 years ago
Naib Presiden DAP Teresa Kok gelak besar apabila diminta mengulas kenyataan MCA bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara.

Sebaliknya, kata beliau, MCA patut mencadangkan supaya PAS menjadi abang dalam Pakatan Rakyat sekiranya Anwar didapati bersalah dalam kes liwat II dan dipenjarakan.