Kit Siang 'bukan komunis' boleh jadi PM, kata Mahathir

  • 9 years ago
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perlembagaan negara tidak menghalang pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang daripada menjadi perdana menteri negara ini jika dirinya disokong oleh rakyat.

Mengulas soalan hadirin semasa dialog ulangtahun ke-40 hubungan dua hala Cuba dan Malaysia di UKM, Bangi, katanya Lim bukan seorang komunis tetapi DAP adalah sebuah parti autoritarian yang menjadikan ahli keluarga sebagai legasi pemerintahan.