'Kerajaan Pakatan Selangor mampu bertahan'

  • 9 years ago
Selepas memperoleh sokongan daripada semua wakil rakyat PAS, Menteri Besar Selangor Azmin Ali hanya perlu bertemu pemimpin DAP negeri itu minggu depan untuk memantapkan lagi kerajaan negeri yang sudah kukuh.

Berdasarkan keadaan semasa, kerajaan Selangor dilihat mampu kekal bersatu walaupun muktamar PAS awal bulan ini meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.