DAP serah Rara tugas bantu mangsa seks, banjir
  • 9 years ago
Ahli Melayu DAP Young Syefura Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Rara menafikan kehadiran mereka sekadar boneka dalam parti yang didominasi oleh kaum Cina itu.

Pada satu temububual eksklusif dengan Kinitv, Rara memberitahu sejak menyertai DAP tahun lalu, beliau diserah tanggungjawab yang besar.

Antaranya, sebagai ahli jawatankuasa DAP Selangor, beliau juga dilantik sebagai penyeleras program 'Impian Kelantan' bagi membantu mangsa banjir dan aktif dalam kempen 'Be My Protector' iaitu memperjuangkan isu-isu wanita.