Jangan latah, rombakan kabinet hak PM, kata Hisham

  • 9 years ago
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu semua pihak supaya tidak melatah dan kekal rasional berhubung pengguguran Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai timbalan perdana menteri serta tiga menteri kabinet yang lain.

Beliau yang kekal sebagai menteri petrtahanan dalam rombakan kabinet, hari ini, berkata adalah hak Perdana Menteri, Dauk Seri Najib Razak untuk memutuskan barisan kabinetnya dan pengguguran seumpama ini pernah terjadi.