Rafizi Ramli: Injunksi Menghalang KWAP, KWSP & Lembaga Tabung Haji Membuat Pelaburan Dalam 1MDB

  • 9 years ago
Taklimat Umum Skandal 1MDB di Seri Serdang Selangor

(Mkini) Satu permohonan akan difailkan di mahkamah minggu depan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang beberapa dana daripada terus membuat pelaburan dalam 1MDB, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Dana-dana itu ialah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji, yang telah membuat pelaburan tersebut pada masa lalu.

Bercakap dalam satu ceramah di Serdang malam tadi, Rafizi berkata, pihaknya mahu memastikan dana-dana tersebut berfikir dua atau tiga kali sebelum melaburkan wang dalam 1MDB selepas ini.

Recommended